Nasi kerabu, roti john dan kuih tepung pelita antara juadah yang menjadi pilihan orang ramai setiap kali tibanya bulan Ramadan. Bukan hanya untuk orang Islam tetapi juga orang bukan Islam.<br /><br />Dalam erti kata lain, jika pergi ke bazar Ramadan di Sabah, pengunjung pelbagai bangsa dan agama jelas kelihatan. Ini seperti lokasi perpaduan masyarakat di Sabah.